Tarikh/ Hari : 8 / 2 / 2012 ( Rabu ) Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Kelas : 2 Dedikasi Bil. Pelajar : 25 orang
M/ Pelajaran :Bahasa Melayu
Tajuk : Buah Buahan
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :
1. Membaca lirik lagu dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
2. Mengkategorikan dan menyatakan buah-buahan yang dapat dilihat pada lirik lagu tersebut
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui buah – buahan tempatan dan impot yang biasa dijumpai di pasar.
Konsep : perbincangan, soal jawab
Bahan : lagu buah – buahan, lirik lgu buah – buahan, kad gambar, lembaran kerja
Nilai : kerjasama, bertolak ansur, tolong menolong
Kemahiran : Lisan (mendengar dan bertutur), membaca, menulis
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi 5 Minit | Jangkaan jawapan murid : 1. Sayur-sayuran 2. Buah-buahan 3. Roti 4. Susu | - Guru bersoal jawab dengan murid mengenai contoh makanan berkhasiat yang mereka tahu. - Guru memberitahu murid tentang topik yang akan dipelajari pada hari ini iaitu “Buah-Buahan”. | -Murid memberitahu contoh makanan berkhasiat yang mereka tahu kepada guru dengan jelas. | Teknik : Soal jawab Kemahiran Bahasa : Lisan (Mendengar dan bertutur) |
Perkembangan Langkah 1 25 minit Langkah 2 25 Minit | Buah-buahan tempatan dan import Ciri-ciri buah dari segi : · Bentuk · Rasa · Warna | -Guru mengedarkan teks lirik lagu “Buah-buahan” kepada murid. -Guru kemudiannya membaca lirik tersebut dan meminta murid mengikut bacaan guru. -Guru kemudiannya menayangkan video lagu bertajuk “Buah-buahan” dan meminta murid menyanyi sambil bergerak mengikut rentak lagu dengan bimbingan guru. -Guru meminta murid menggariskan nama buah-buahan yang terdapat dalam lirik lagu. -Guru berbincang dengan murid untuk mengkelaskan buah-buahan tersebut ke dalam kategori tempatan dan import. -Guru menulis hasil perbincangan tersebut di papan tulis dan meminta murid menulisnya di dalam buku latihan. -Guru memilih enam orang murid ke hadapan dan memakai kad gantung yang diberikan guru. -Guru kemudiannya meminta murid lain untuk memilih kad kata adjektif (ciri buah) yang terdapat dalam kotak untuk dipadankan dengan setiap buah tersebut. -Guru menyalin jawapan murid di papan tulis. -Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid melengkapkan maklumat ke dalam lembaran kerja. Guru meminta murid mewarnakan gambar buah-buahan dan menampal lembaran kerja tersebut di buku latihan. | - Murid membaca lirik tersebut mengikut bacaan guru. -Murid menyanyikan lagu tersebut sambil bergerak mengikut rentak lagu. - Murid menggariskan nama buah-buahan yang terdapat dalam lirik lagu dan berbincang bersama guru untuk mengkategorikan buah-buahan tersebut ke dalam kategori tempatan dan import. -Murid menulis hasil perbincangan itu di dalam buku latihan. - Murid memilih kad kata adjektif yang terdapat dalam kotak untuk dipadankan dengan setiap buah tersebut dengan bantuan guru -Murid melengkapkan maklumat ke dalam lembaran kerja, mewarnakan gambar dan menampalnya di buku latihan. | BBM : Kertas edaran : Lirik lagu Kemahiran Bahasa: Membaca BBM : Video lagu buah-buahan Kecerdasan pelbagai: Kinstetik dan Muzik Teknik: Perbincangan Nilai : Keberanian, keyakinan, kerjasama. Kemahiran bahasa : Menulis BBM : · Kad gantung buah-buahan · Kad kata adjektif Strategi Berpusatkan Murid Komponen Pengajaran: Penggunaan Papan Tulis Kecerdasan pelbagai: Visual-ruang BBM : Lembaran kerja Kemahiran Bahasa : Menulis |
Penutup 5 Minit | Kognitif Sosial | -Guru merumuskan isi penting yang dipelajari pada hari ini. (kepentingan buah kepada manusia) | -murid memberikan contoh-contoh kepentingan buah-buahan kepada badan manusia | Komponen pengajaran: Penutup dan kesimpulan |
Refleksi : Guru memberitahu kepada murid berkenaan kepentingan buah-buahan kepada murid. Selain itu, murid dapat menyatakan senarai buah-buahaan yang ada di Malaysia. Murid juga dapat menyatakan ciri-ciri buah-buahan yang dinyatakan.